Tuesday, August 5, 2008

Siapa Aku di depan TUHANKU..


"SUBUHNYA,
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan berderu
terlupa aku semakin di hujung waktu
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU..

ZOHORNYA,
aku lebih mementingkan kelaparan
aku lebih mementingkan tuntutan kerjaku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besarnya kerugian
jika aku mengabaikan sebuah ketaatan
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU..

ASARNYA,
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang Si Tuah yang setia
dan Si Jebat yang derhaka
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU..

MAHGRIBNYA,
aku melihat warna malam
tetap aku masih berlegar-legar di sebalik tadbirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tak terasa ruang masa yang singkat
ruginya bertingkat-tingkat
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU..

ISYAKNYA,
kerana masanya panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku terlena sambil menarik selimut merah
bercumbu-cumbu dengan waktu
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang..

No comments: