Wednesday, July 13, 2011

Minum Air Mayat

Euuu yakes ! Cuba bayangkan kalau air yang korang minum or masak kat rumah tu sebenarnya air dari tangki air yang ada mayat yang dah reput ? Euuu...uekk ! Cuba korang baca berita kat bawah nih !



Penghuni flat buat aduan air yang diguna untuk masak jadi kuning , berbuih dan berkeruh membongkar rahsia ada orang indon mati dalam tangki air ; (

“Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini,” kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi...Nak tahu berita lanjut..

BEBERAPA anggota polis memeriksa bumbung flat di Blok 686B,Woodlands Drive 73, Sembawang selepas mayat seorang amahIndonesia ditemui dalam sebuah tangki air kelmarin.


SINGAPURA – Penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tidak menyedari bahawa mereka menggunakan air termasuk untuk memasak adalah daripada sebuah tangki air yang mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati, lapor akhbar Straits Times semalam.

Mereka hanya mengetahui tangki air itu mengandungi mayat wanita tersebut selepas membuat aduan kerana air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

Empat penduduk flat itu di Blok 686B, Woodlands Drive 73, menghubungi Majlis Perbandaran Sembawang untuk membuat aduan tersebut.

Seorang jurucakap polis memberitahu agensi berita Associated French Press, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun telah ditangkap berhubung kematian pembantu rumah tersebut yang berusia 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui di dalam salah satu daripada lapan tangki air di atas bumbung flat setinggi 15 tingkat itu kelmarin selepas polis menerima panggilan daripada seorang pemberi maklumat dipercayai rakan lelaki Bangladesh tersebut.

“Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini,” kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. “Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor,” katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

kredit : kosmo.com.my

Kisah Nafsu Yang Degil Dengan Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?".

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun.

Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Wednesday, July 6, 2011

Cara Pengebumian Muslim Boleh Jadi Pintu Hidayah Masuk ISLAM

“Enta tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena standby lebih kurang RM20 ribu tau!” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.

“Oh ye ke? Baru sekejap tadi saya berbual dengan seorang sahabat kita yang masuk ISLAM. Dulu dia Buddha. Katanya paling murah RM6 ribu nak kena sediakan” kata saya.


“Tu yang murah punya rasanya. Yang tu diorang bakar je kot.” balas sahabat saya sambil kami berjalan seiringan.

“Alhamdulillah, kos pengebumian kita takdelah mahal macam tu kan. Setahu saya lebih kurang RM850 sahaja kan. Itu dah masuk semua sekali, dengan van jenazah sekali. Murah kan…” saya menambah.

“Ya, murah je. Dan alhamdulillah, taman perumahan kita ni semuanya ditanggung beres oleh pihak surau tanpa keluarga waris perlu bayar apa-apa…” sahabat saya yang merupakan AJK surau memberikan penjelasan tentang praktis pengurusan jenazah di taman perumahan kami.

“Alhamdulillah. Itulah antara yang cantiknya ISLAM ni. Cara pengebumian orang ISLAM ni boleh jadi pintu hidayah kepada orang bukan ISLAM untuk masuk ISLAM. Simple dan tak menyusahkan waris…” saya membalas sambil menyegerakan langkah kerana jenazah sudah mahu diangkat ke liang lahad. Tak mahu ketinggalan untuk turut sama mengangkat jenazah.

Sedang talkin dibacakan oleh imam di perkuburan, saya merenung kembali kata-kata saya kepada sahabat saya tadi. Sungguh, memang cara pengebumian ummat ISLAM boleh menjadi jalan hidayah kepada orang yang bukan ISLAM untuk tertarik dengan ISLAM. Cara pengebumiannya ringkas dan sederhana sifatnya. Dan kos pengurusannya tidak sehingga membebankan sangat pihak waris.

Saya teringat akan dua kisah yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu tentang bagaimana dua orang Kristian yang masuk ISLAM disebabkan oleh tertarik dengan cara pengebumian orang ISLAM yang cukup sederhana dan ringkas sifatnya.

Kisah pertama berlaku kepada seorang paderi Kristian dari Itali. Beliau telah menyatakan hasrat untuk memeluk ISLAM setelah menonton dengan teliti cara pengebumian Raja Fahd bin Abdul Aziz, iaitu Raja Arab Saudi ketika itu. Cara pengebumian yang sangat sederhana itu telah ditayangkan ke seluruh dunia dan dapat disaksikan oleh ramai orang.

Seingat saya, faktor utama yang membuka pintu hidayah si paderi itu ialah bagaimana ISLAM bertindak tidak membeza-bezakan antara jenazah si pembesar dengan jenazah orang biasa. Telah ditayangkan bagaimana jenazah Raja Fahd disolatkan bersama-sama dengan jenazah yang lain tanpa upacara yang istimewa khas untuk jenazah Raja Fahd. Malah kain kapan dan kotak keranda serta keseluruhan proses pengebumian sama sahaja tanpa dibezakan darjat raja atau orang biasa. Walaupun sudah bertahun-tahun beliau diajak masuk ISLAM dan tetap berdegil, namun dengan melihat cara pengebumian yang cukup sederhana ini telah membuatkan beliau pasrah dengan keindahan ISLAM, seterusnya masuk ISLAM.

Kisah kedua berlaku kepada seorang nenek di USA. Cucu beliau telah pun masuk ISLAM dan menjadi salah seorang yang giat berdakwah di tempat mereka. Puas si cucu ini memujuk si nenek tersebut untuk masuk ISLAM, tetapi tidak berjaya dipujuknya. Pada suatu hari telah berlaku kematian di kalangan orang ISLAM di tempat mereka. Disebabkan orang ISLAM yang meninggal dunia itu adalah terdiri barangkali keluarga terdekat atau jiran mereka, maka si nenek pun hadir sama ke upacara pengebumian si muslim yang meninggal dunia itu.

Selepas upacara pengebumian tersebut, si nenek itu telah berkata kepada si cucu tadi, “Kalau aku mati nanti, aku mahu kamu kebumikan aku macam itu juga”, beliau merujuk kepada cara pengebumian si muslim tersebut. Dengan hidayah dan taufiq dari ALLAH, maka si nenek itu pun masuk ISLAM. Beliau masuk ISLAM lantaran tertarik dengan cara pengebumian ISLAM yang sederhana dan menginsafkan. Selang beberapa tahun kemudian, si nenek itu pun meninggal dunia. Dan beliau dikebumikan dengan cara yang beliau mahu iaitu meninggal dunia sebagai muslim dan dikebumikan dengan cara pengebumian muslim. Kisah ini telah disampaikan oleh cucu beliau yang merupakan seorang pendakwah ISLAM yang aktif berdakwah di USA.

Itulah dua kisah yang mungkin dapat kita pelajari dan ambil iktibar. Betapa kesederhanaan dan mudahnya ISLAM ini bisa menambat hati fitrah manusia.

Justeru, amalkanlah ISLAM mengikut contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam. Jangan menyusah-nyusahkan dengan upacara tambahan dan rekaan. Sungguh, pada kesederhanaanlah, ISLAM ini dilihat cantik.

WAllahu Ta`ala A`lam.

http://www.muzir.wordpress.com