Friday, May 30, 2008

Pemuda patah lutut dibelasah 10 lelaki KUALA LUMPUR

- Seorang pemuda berusia 29 tahun, patah lutut kiri dan cedera bahagian muka akibat dibelasah sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di hadapan Kedai Singer Kampung Kedai Buluh, Jalan PCB dekat Badang pada hari Selasa lalu.


Mangsa, seorang buruh kasar di Kuantan, Pahang dipercayai baru dua minggu pulang ke kampung untuk menziarahi keluarganya. Menurut Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Mat Lazim berkata, mangsa dipercayai cedera akibat dipukul dengan topi keledar dan besi oleh sekumpulan lelaki seramai kira-kira sepuluh orang.

“Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk rawatan lanjut dan kini disahkan dalam keadaan stabil. “Motif kejadian tersebut dipercayai membalas dendam lampau ekoran mangsa sebelum ini pernah memukul abang salah seorang lelaki yang memukulnya itu,” jelasnya ketika ditemui pemberita semalam.


Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dipercayai berjalan di hadapan kedai tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak memukulnya. “Sehingga kini polis telah mengenal pasti tiga daripada suspek yang memukul pemuda terbabit dan semua mereka dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an. “Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Wednesday, May 14, 2008

Wahai adikku sayang..


Wahai adikku sayang..
Wanita ibarat epal,
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi,
kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tidak mampu dibeli,
berada di puncak.Susah dipetik,susah digapai.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik.
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.

Wahai adikku sayang..
hakikatnya epal itu terlalu tinggi kerana elok sifatnya,
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya,
Begitu jualah wanita-wanita solehah..
Hanya pemuda-pemuda sejati yang benar-benar hebat sahaja boleh memperolehi.Mungkin bukan di dunia tetapi mungkin di akhirat yang kekal abadi

Biarlah jodohnya bukan di dunia, asalkan cinta Ilahi mengiringinya.Tidak semestinya wanita itu disunting di taman dunia,tapi lebih bermakna bila Allah sendiri mengarahkan hamba yang disayanginya untuk menyunting di taman akhirat kelak.Jadi sedarilah bahawa Allah telah menjadikan wanita dalam seribu satu keindahan.

Renungkanlah wahai adikku sayang..

.::Istimewa buat shbt2 tersayang::.


Mimpi Indah bakal menjadi kenyataan.
InsyaAllah.
SELAMAT BERJUANG di medan imtihan..
Have faith in Allah!!
Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini

Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini

Pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti

Saturday, May 10, 2008

Sekadar Ingin Berkongsi


Assalammualaikum wbt


Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami.Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (2:186)


Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa kepada ALLAH.


Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH.
Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan,
Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.


Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA


Allahu’alam