Wednesday, April 30, 2008

Pada zaman Rasulullah SAW

Pada zaman Rasulullah SAW, telah datang malaikat yang menyerupai manusiakepada Baginda SAW dan bertanyakan hal-hal yang berkaitan dengan Islamdengan tujuan sebagai didikan dan ajaran. Salah satu soalan yang telahdikemukakan ialah apakah itu ihsan? Sebagai balasan Rasulullah SAWmenjawab, ihsan adalah melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ikhlas danhanya diniatkan semata-mata kerana Allah Taala umpama kita melihat AllahTaala di hadapan kita.Jika tidak mampu, ingatlah bahawa Allah Taalasentiasa melihat apa yang kita lakukan.

Dalam hal ini, marilah kita sama-sama cerminkan diri kita adakah selamaini, amal ibadat kita, interaksi kita dengan makhluk lain dan segala jenisperbuatan yang kita lakukan telah diniatkan hanya semata-mata kerana AllahTaala ataupun segala perlakuan itu hanya untuk mendapat pujian daripadaorang lain? Ingatlah bahawa sifat takbur, riak dan 'ujub itu hanyalahtaktik yang digunakan oleh syaitan LaknatuLlah dalam usaha mereka untukmenghancurkan individu seseorang muslim itu.


Cubalah kita renung sejenak adakah sifat-sifat riak, takbur dan 'ujub ituwujud dalam diri kita ataupun tidak. Sekiranya sifat-sifat ini ada dalamdiri kita, maka insaflah segera. Ubahlah niat kita agar segala perbuatanyang kita lakukan, bermula dari terbukanya kelopak mata ini sehingga ianyatertutup semula, hanyalah kerana Allah Taala semata-mata


Wallahu a'lam

Thursday, April 24, 2008

Support Team Nasyid..


Hari ini, abg wan telah beli CD Album Adikku Sayang dari sebuah kedai. Abg wan rasa sahabat-sahabat yang lain juga patut beli album ini. Pertama kali dengar, rasa macam bagus juga jadi abg wan terus order yang ORIGINAL dari tuan kedai. Ambil masa dalam seminggu baru sampai. Jadi buat sahabat di luar sana kalau nak beli, beli yang ORIGINAL. Kita sokong industri nasyid tanah air kita. Semoga nasyid terus berkembang pesat di negara kita ini. Amin.

Polis Temui Mayat Wanita Yang Ditanam, Tahan Seorang Lelaki


Ambil pengajaran dan kesimpulan....Bila Islam tidak didaulat hukum Allah dicaci maki.... Pendidikan Islam tidak dipeduli... siapakah yang dipersalahkan..dulu kejadian seumpama ini berlaku kita dengar berlaku di Kuala Lumpur, Johor dan laian-lain tetapi kini... di Terengganu Darul Iman...


April 22, 2008 15:46 PM


Polis Temui Mayat Wanita Yang Ditanam, Tahan Seorang Lelaki


KUALA TERENGGANU, 22 April (Bernama) -- Polis menemui mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas memberkas seorang lelaki di perkarangan sebuah chalet di Cherating, Pahang, awal pagi semalam.


Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata penahanan lelaki berumur 27 tahun pada kira-kira pukul 2.30 pagi semalam itu, membawa kepada penemuan mayat Zaiton Muhamad, 55, yang ditanam di sebuah tapak semaian.


Katanya polis kemudiannya dibawa ke jambatan Geliga di Kemaman, di mana kad pengenalan serta lesen memandu milik Zaiton ditemui dalam sebuah parit di tepi sungai berkenaan.


Menurutnya lelaki yang berkerja sebagai pemandu jengkaut Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) seterusnya membawa polis ke satu lagi tapak semaian di Kampung Bukit Takar, Ibok, Kemaman dan hasil pemeriksaan, polis menemui mayat Zaiton yang dibaluti dengan kain dan ditanam sedalam kira-kira 0.6 meter.


"Bahagian muka, mata, hidung dan mulut Zaiton didapati pecah, dipercayai dipukul pada hari beliau dilaporkan hilang pada 16 April lepas," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Sinar Harapan sempena Hari Polis ke-201 di sini hari ini.


Beliau berkata mayat itu sudah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.
Dua hari lepas, sebuah akhbar melaporkan misteri kehilangan wanita yang berkerja sebagai pemandu van sekolah itu, selepas kali terakhir dilihat membeli barang di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya di Chukai kira-kira pukul 10.30 pagi pada hari kejadian.


Jalaluddin berkata lelaki yang berasal dari Kampung Gong Limau, Kemaman itu yang pernah ditahan kerana terbabit dengan kes dadah dan peras ugut, kini ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata dengan tangkapan lelaki berkenaan yang mempunyai pertalian keluarga dengan Zaiton, polis menemui semula tiga bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang tunai berjumlah RM480 dipercayai milik mangsa.


Katanya polis juga akan menahan isteri suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. Pasangan suami isteri itu didapati menyewa rumah Zaiton sejak tiga bulan lepas.


Sementara itu di Kemaman, polis hari ini mendapat perintah tahanan reman sehingga 29 April ini terhadap seorang kakitangan MPK bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan itu.


-- BERNAMA

Friday, April 18, 2008

KUBUR BERBICARA

Assalamualaikum.....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali....


1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar..
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan " Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah ", supaya kamu dapat jawapan kepadanya..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.. Jadilah pejuang Agama ALLAH S.W.T.

Wednesday, April 16, 2008

~ Diantara dua tangisan ~

"AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya. “Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis..

Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda
Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”

Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.”

Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun
ALLAH SWT telah berfirman, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menagislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at
Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.

Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.”

Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah
ALLAH SWT

Tuesday, April 15, 2008

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram


"Tertarik dengan article yang disiarkan dalam Utusan Malaysia August 26, 2006. Sedikit keratan nya untuk dijadikan pedoman dan renungan kita bersama....terutama untuk diri ana yang serba kekurangan...I-Allah, moga kita diberkati-Nya.

Jendela Hikmah: Empat punca hidup manusia tidak tenteram
Oleh Endok Sempo M Tahir


Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.

Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyentuh kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.
Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.
Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.
Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: �Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah!

�Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!�

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!

Demikianlah kehidupan ini � ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.

Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
1) Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan �keseronokanatau terasa nikmat dengan pemberian itu.
2) Kita terlalu banyak komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
3) Kita terlalu mengejar kemewahan dan kemegahan hidup sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini adalah untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?

Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ‘Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak’.

Monday, April 14, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad

"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabk an atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu."